Minggu, 06 Januari 2013

Penerapan Teknologi Komputer di Bidang Pendidikan


Pengenalan Komputer dalam Pendidikan
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Komputer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data. Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dalam  pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkaya teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap untuk penyampaian pengajaran yang berkesan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan khususnya sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina bahan berbentuk komputer bagi guru pelatih dan guru dalam pendidikan. Oleh karena itu, satu program pendidikan komputer bagi guru pelatih bukan saja merupakan pembelajaran mengenai komputer tetapi juga pembelajaran mengenai komputer.
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Hilary Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktivitas pengajaran pembelajaran dalam kelas. Beliau menekan tentang kepentingan seseorang guru mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan isi komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam pembelajaran.
Diana Laurillard (1992) menyatakan bahwa pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.
Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini dinyatakasn oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahwa penggunaan teknologi di sekolah dapat memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihan menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Bliss (1986) mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbentuk komputer di kalangan guru. Isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, terdapat guru yang mempunyai sikap bimbang dan tidak yakin terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi baru.
Dalam aspek keyakinan dan keluasan menggunakan teknologi komputer, Heywod dan Norman (1988) serta Blease dan Cohen (1990) mempunyai pendapat yang sama. Menurut pendapat mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keluasan dalam menggunakan komputer. Somekh (1989) juga mempunyai pendapat yang hampir sama. Somekh mendapati bahwa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencoba menggunakan komputer akan mendorong guru untuk menolak inovasi komputer.
Rhodes dan Cox (1990) mendapati peningkatan beban kerja telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Di samping itu, kekurangan perisian yang berkualiti juga menyebabkan guru menganggap bahwa penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran tidak berkesan. Berdasarkan dapatan kajian, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran adalah penting untuk menentukan kajayaan atau kegagalan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan.
Peranan Guru Dalam Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam inovasi pendidikan atau program teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sikap guru. Menurut Sufean (1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Kesan  penggunaan teknologi modern banyak bergantung kepada guru yang rela menukar dan mencoba kaedah pengajaran yang baru dan modern (German, 1997).
Dupagne dan Krendl (1992), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap komputer, mendapati bahwa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer. Guru memerlukan masa dan kefahaman tentang bagaimana teknologi dapat menolong mereka (Chin dan Hortin, 1996). Mengikut Gan (1991), guru hanya akan menggunakan komputer bila sudah biasa dan berasa nyaman  dengan penggunaannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar